Matlamat Pelesit

Hantu Pelesit dikatakan biasanya akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan pemanis dan pelaris. Wanita yang berpotensi menjadi pemelihara pelesit ini ditakut-takutkan tentang dipermain-mainkan oleh lelaki kacak. Sehubungan dengan itu, ia menjadi alasan kuat untuk memiliki pelesit dan pada masa yang sama boleh memiliki lelaki idamannya. Tetapi malangnya, adakala mereka(pemelihara pelesit) lewat kahwin kerana menjadi rambang mata dalam membuat pilihan. Menurut cerita lisan dukun-dukun dan pakar perubatan tradisional,[nyatakan menurut siapa?] ciri-ciri perempuan yang berjaya ditipu pelesit supaya mengambil mereka sebagai pemeliharaan adalah nampak manis dan disukai ramai. Biasanya, perempuan-perempuan pemelihara pelesit ini membuat keputusan nekad membela pelesit kerana melihat penderitaan ibu-ibu mereka menjadi janda kerana ditinggalkan bapa.

Biasanya jika berkahwin susah hendak beranak atau tiada anak. Tabiat pembelanya suka melaga-lagakan orang atau menjadi pengadu domba, penampilan bergaya, sopan, bermuka-muka dan bermulut manis menyebabkan sukar untuk mereka disangka sebagai pembela hantu tersebut.[perlu rujukan] Ada juga pembelanya yang sudah ada anak sebelum mendapat pelesit sebagai belaan.

Pelesit sangat berusaha menjaga hati tuannya, dikatakan bahawa jika ada sesiapa didapati menyakitkan hati tuannya walaupun suami atau adik beradik tuannya sendiri, mangsa akan disuntik racun / santau / santet. Kadangkala serangan pelesit pada seseorang mangsa tanpa pengetahuan tuannya. Serangan pelesit akan meninggalkan tanda lebam tiga titik. di bahagian bawah peha, belakang bahu dan di betis. Ia akan mengulangi serangan di tempat yang sama sehingga titik itu akan bertambah kepada gandaan tiga seperti enam, sembilan sehingga duabelas.

Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.