Pelesit

Sejenis makhluk halus
yang dipelihara bagi
tujuan tertentu.Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, menurut kepercayan melayu ianya hantu yang dipelihara bagi tujuan sebagai pelaris dan pemanis. Hantu ini dikatakan secara cerita lisan bahawa sangat berusaha menjadikan tuannya disukai ramai.Ia dinamakan pelesit kerana ia melesetkan (menyesatkan) melalui tujuan melaris diri.Orang Islam pula percaya ianya dari golongan jin / syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita[1] bagi tujuan pelaris dan pemanis. Kononnya hantu ini boleh diwarisi kepada anak cucu ataui dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan suka menggunakan belalang sebagai medium penyamarannya atau rasukannya, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa[2]. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Penggunaan belalang adalah kerana ia binatang yang tidak ditakuti orang dan membuat mangsa tidak mengambil langkah berjaga-jaga atau membahayakan pelesit bagi tujuan menghantar racun / santau kepada mangsa. Ada dilaporkan secara pengalaman pengamal perubatan bahawa kadangkala pelesit ini menggunakan medium lalat, tikus dan lain-lain serangga bagi menghantar racun kepada mangsa.