Pelindung_batuan_Bhimbetka
Pelindung_batuan_Bhimbetka

Pelindung_batuan_Bhimbetka

Koordinat: 22°55′40″N 77°35′00″E / 22.92778°N 77.58333°E / 22.92778; 77.58333Pelindung batuan Bhimbetka (Devanagari: भीमबेटका पाषाण आश्रय) ialah tapak arkeologi Warisan Dunia yang terletak di Daerah Raisen di negeri Madhya Pradesh, India. Pelindung-pelindung itu menampilkan kesan terawal kehidupan manusia di India, dengan sejumlah analisis menunjukkan bahawa sesetengah pelindung itu telah dihuni oleh manusia selama melebihi 100,000 tahun.[2][3] Beberapa lukisan batuan dari Zaman Batu yang ditemui di kawasan pelindung batuan Bhimbetka berusia sekitar 30,000 tahun.[4]Nama "Bhimbetka" mempunyai kaitan dengan Bhima, seorang pahlawan-dewa yang terkenal dari epik Mahabharata kerana kekuatannya yang amat sangat berkuasa.[5] Perkataan "Bhimbetka" juga dikatakan berasal daripada "Bhimbaithka" yang membawa pengertian "tempat duduk Bhima".[5]