Peluh
Peluh

Peluh

Peluh atau keringat adalah cecair yang terhasil daripada rembesan kelenjar peluh pada kulit mamalia.[1] Terdapat dua jenis kelenjar peluh ini yang terdapat pada manusia iaitu kelenjar ekrin dan apokrin,[2] di mana jenis kelenjar yang pertama ini dijumpai di hampir seluruh bahagian badan manusia.Tujuan utama badan manusia berpeluh adalah untuk mengawal suhu melalui perembesan keluar air daripada kelenjar ekrin. Seorang dewasa boleh menghasilkan peluh sebanyak 2–4 liter sejam atau 10–14 liter sejam (10–15 g/min·m²), kanak-kanak sebelum mencapai akil baligh pula jauh kurang penghasilan peluhnya.[3][4][5] Penyejatan peluh daripada permukaan kulit memberi kesan penyejukan disebabkan penyejukan sejat. Oleh itu, lebih banyak peluh akan dihasilkan dalam persekitaran yang bersuhu panas atau otot-otot seseorang menghasilkan haba akibat penggunaan tenaga. Haiwan yang mempunyai kelenjar peluh yang sedikit, misalnya anjing, berfungsi dengan cara yang sama dengan mencungap di mana air yang terkandung dalam rongga mulut dan farinksnya yang lembap akan tersejat.