Status Pelusios

Berdasarkan kajian lapangan, wujud 50% pengurangan populasi kura-kura Seychelles, yang merangkumi pelbagai spesies Pelusios.[11] Seychelles dianggap kawasan biodiversiti terbaik, kerana ia adalah kawasan yang kaya dengan sumber alam dan menjadi simpanan terbesar pelbagai spesies flora dan fauna.[12] Spesies-spesies ini terancam disebabkan ancaman sisa kumbahan, pemburuan haram, dan kepupusan habitat.[11][12] Kebanyakan kemusnahan habitat disebabkan oleh perbuatan manusia seperti pembangunan tak terkawal, terutamanya di kawasan kepulauan granit, Seychelles.[12] Namun terdapat usaha pemuliharaan semula, seperti yang dilakukan terhadap subspesies, Pelusios subniger parietalis untuk menambahkan populasi mereka di Pulau Frégate.[11]Pemanasan Global juga menjadi ancaman terhadap biodiversiti.[13] Perubahan cuaca ini mampu mempengaruhi populasi dan kemandirian spesies terutamanya melibatkan struktur ekosistem,[12] dan tahap endemik spesies ini.[13] Beberapa kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa Afrika adalah benua yang dianggap paling terancam.[14] Pemanasan global mengakibatkan kemusnahan banyak flora dan fauna terutamanya di kawasan berkepulauan seperti Seychelles.[12] Spesies tempatan seperti Pelusios menghadapi ancaman teruk kerana julat kawasan habitat dan ekologinya yang terlalu kecil.