Ciri-ciri Pelusios

Pelusios nanus bersaiz kecil iaitu 12cm sahaja, manakala Pelusios sinuatus pula 46cm panjang. Spesies-spesies yang lain berukuran purata 20 ke 30cm.[4] Bentuk cangkerang belakangnya (karapas) lonjong, sedikit melengkung, dan plastron (cangkerang perut) pula besar serta mempunyai engsel (hinged) yang membezakan mereka dengan kura-kura dari genus Pelomedusa.[4][5] Plastronnya terdiri daripada plastral dan mesoplastron bagi menyokong tulang rusuk pada setiap karapas.[4] Karapasnya terdiri daripada 11 pasang periferal bersutur di sekeliling leher tanpa tulang belakang.[4] Bentuk kepalanya lebar dan hampir rata. Wajah “senyuman” terbentuk apabila rahangnya tertutup.[5] Tengkoraknya tidak mempunyai tulang epipterigoid.[4]