Pemanggangan
Pemanggangan

Pemanggangan

Pemanggangan ialah kaedah memasak yang menggunakan haba kering, baik menerusi nyala api terbuka, ketuhar, mahupun sumber haba yang lain. Ia biasanya menghasilkan karamelisasi atau pemerangan Maillard pada permukaan makanan, dengan itu dianggap sebagai penambahan rasa. Daging serta kebanyakan sayur berubi dan sayur umbisi boleh dipanggang. Daging, khususnya daging merah, yang dimasak dengan cara ini dikenali sebagai daging panggang.