Menu
Pemanggangan KaedahMakanan untuk dipanggang dimasukkan ke dalam talam bakar jeluk lalu diletakkan di atas rak atau, bagi tujuan memastikan haba yang sama rata, diputarkan dengan menggunakan pencucuk atau rotisserie. Semasa memanggang dengan menggunakan ketuhar, udara panas diedarkan supaya mengelilingi daging demi memasak semua sisi dengan sama rata. Terdapat banyak teori untuk memanggang daging secara betul, dengan setiap kaedah sesuai bagi keadaan-keadaan yang tertentu:
Tujuan kesemuanya adalah untuk mengekalkan sebanyak lembapan yang mungkin di samping memberikan tekstur dan warna yang diingini. Semasa memanggang, mentega, lemak babi, atau minyak masak seringnya disimbahkan pada permukaannya daging dan sayur untuk mengurangkan kehilangan lembapan menerusi penyejatan. Baru-baru ini, beg ketuhar plastik semakin popular untuk memanggang daging. Beg itu dapat mengurangkan masa memasak serta juga kehilangan lembapan semasa memanggang, akan tetapi ia menjejaskan pengembangan rasa daripada pemerangan Maillard. Meskipun demikian, penggunaannya untuk memanggang ayam belanda amat popular.[1]
Sehingga akhir abad ke-19, memanggang dengan haba kering di dalam ketuhar dikenali sebagai "membakar". Perkataan "memanggang" pada asalnya membawa pengertian memutarkan daging atau burung pada pencucuk di hadapan api. Ia merupakan bentuk memasak tertua yang diketahui. Kaedah memanggang tradisional terdiri hanya daripada membakar dan memasak di atas nyala api terbuka atau berhampiran dengan api itu. Penggrilan biasanya tidak dianggap sebagai pemanggangan daripada segi teknik di negara-negara bertuturan bahasa Inggeris kerana ia menggunakan gril (besi pemanggang). Sebaliknya, penyalaian berbeza daripada pemanggangan kerana ia menggunakan suhu yang lebih rendah, selain daripada menggunakan asap terkawal.
Menu
Pemanggangan KaedahBerkaitan
Pemancutan mani Pemansuhan PPSMI Pemanasan badan Pemangsaan Pemanduan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat Pemangkinan Pemancungan Pemanduan di sebelah kanan atau kiri Pemansuhan kenderaan bahan api fosil secara berperingkatRujukan
WikiPedia: Pemanggangan http://www.roastingtimes.com/