Pemberontakan_8888

Pemberontakan 8888 berlangsung di Yangon, Myanmar pada 8 Ogos 1988 dan berakhir pada 19 September 1988. Pemberontak yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti mahukan demokrasi selepas satu rampasan kuasa tentera berdarah. Selepas krisis itu,pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi menjadi ikon rakyat Myanmar.