Pemberontakan_Albania_1910
Pemberontakan_Albania_1910

Pemberontakan_Albania_1910

Pemberontakan Albania 1910 (dikenali juga sebagai Kryengritja e vitit 1910, atau Rusuhan 1910, dalam sejarah Albania) adalah satu reaksi akan polisi pemusatan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Turki Muda Uthmaniyyah di Albania.[1] Ia merupakan kejadian pertama dalam siri-siri rusuhan besar di Albania. Pemberontak disokong oleh kerajaan beraja Serbia.[2] Cukai baharu dikenakan pada bulan-bulan awal tahun 1910 mengakibatkan aktiviti oleh Isa Boletini untuk menyakinkan para pemimpin Albania yang mana telah terlibat dalam rusuhan pada tahun 1909 untuk cuba mencetuskan satu rusuhan baharu menentang empayar Uthmaniyyah. Serangan oleh pihak Albania ke atas Uthmaniyyah di Priştine (kini Pristina) dan Ferizovik (kini Ferizaj), pembunuhan komander Uthmaniyyah di İpek (kini Peć), dan halangan oleh pihak pemberontak di landasan keretapi ke Skopje di Genting Kaçanik mengakibatkan kerajaan Uthmaniyyah mengistiharkan undang-undang tentera di kawasan ini.Selepas dua minggu pertempuran sengit, tentera Albania berundur ke wilayah Drenica, di mana Uthmaniyyah berjaya mengambil alih bandar Prizren dan Yakova (kini Gjakova). Uthmaniyyah menawan semula İpek pada 1 Jun 1910 dan dua bulan kemudian mereka memasuki Shkodër. Tindak balas ke atas penduduk Albania termasuk beberapa perbicaraan mahkamah tentera, dan pembakaran kampung-kampung dan harta benda. Banyak sekolah dan penerbitan ditutup, dan pencetakan d publications in the Albanian alphabet, which had been approved two years earlier, in the Congress of Manastir, were declared illegal. Journalists and publishers were fined or sentenced to death.

Rujukan

WikiPedia: Pemberontakan_Albania_1910 http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://gradworks.umi.com/35/26/3526980.html http://prpm.dbp.gov.my/ //www.worldcat.org/oclc/255273594 https://books.google.com/books?id=2OdoyKqocnoC&pg=... https://books.google.com/books?id=3_Sh3y9IMZAC https://books.google.com/books?id=9cTHyUQoTyUC&pg=... https://books.google.com/books?id=AZ1x7gvwx_8C&pg=... https://books.google.com/books?id=Fnbw1wsacSAC&pg=... https://books.google.com/books?id=Hd-or3qtqrsC