Pembinasa_kelas_Sovremenny
Pembinasa_kelas_Sovremenny

Pembinasa_kelas_Sovremenny

Kelas Sovremenny, designasi Soviet Project 956 Sarych (buzzard), adalah satu kelas pembinasa peluru berpandu anti kapal dan anti pesawat dari Tentera Laut Soviet dan kemudian Tentera Laut Rusia. Kapal-kapal dalam kelas ini dinamakan berdasarkan kualiti, di mana "Sovremenny" diterjemahkan sebagai "moden" atau "kontemporari". Kebanyakan kapal-kapal dari kelas ini telah dibersarakan daripada perkhidmatan aktif dan sebuah diubahsuai menjadi sebuah muzium kapal pada tahun 2018; setakat tahun 2021, dua buah kapal dari kelas ini masih beroperasi dengan Tentera Laut Rusia manakala beberapa buah lagi masih menjalani program baik pulih. Empat buah kapal yang telah diubahsuai diserahkan kepada Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat, dan masih kekal berada dalam perkhidmatan aktif sehingga kini.Tugas utama pembinasa peluru berpandu kelas Sovremenny adalah peperangan anti kapal, sementara menyediakan pertahanan laut dan udara untuk kapal perang dan pengangkut yang diiringinya. Kelas ini direka untuk melengkapkan kelas-Udaloy, yag mana direka untuk operasi anti kapal selam.

Rujukan

WikiPedia: Pembinasa_kelas_Sovremenny http://ship.bsu.by/main.asp?id=100188 http://russianships.info/eng/warships/project_956.... https://navy-korabel.livejournal.com/259085.html https://vk.com/rusflot?w=wall-72814627_152110 https://romeosquared.eu/2019/02/08/russia-has-foun... https://web.archive.org/web/20051104041256/http://... https://web.archive.org/web/20170928193603/http://... https://web.archive.org/web/20180428181649/https:/... https://web.archive.org/web/20190207020304/https:/... https://web.archive.org/web/20190511173549/https:/...