Angkatan_Laut_Tentera_Pembebasan_Rakyat
Angkatan_Laut_Tentera_Pembebasan_Rakyat

Angkatan_Laut_Tentera_Pembebasan_Rakyat

Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (Cina Ringkas: 中国人民解放军海军; Cina Tradisional: 中國人民解放軍海軍; Pinyin: Zhōngguó Rénmín Jiěfàngjūn Hǎijūn) merupakan cabang laut bagi Tentera Pembebasan Rakyat, iaitu pasukan bersenjata di Republik Rakyat China. Sehingga awal 1990-an, tentera laut berada di bawah arahan Angkatan Darat Tentera Pembebasan Rakyat. Setelah mengalami pemodenan besar-besaran, ia kini memiliki kekuatan seramai lebih 250,000 orang anggota, termasuk 35,000 orang anggota Pasukan Pertahanan Pantai dan 56,000 anggota infantri laut/Marin, serta 56,000 anggota Penerbangan Tentera Laut yang mengendalikan beberapa ratus pesawat berpangkalan di darat dan helikopter yang berpangkalan di atas kapal. Sebagai sebahagian dari program pemodenan keseluruhan tentera lautnya, Angkatan Laut bercadang untuk membangunkan sebuah tentera laut laut-lepas.[1]