Pembinasa_kelas_Zumwalt
Pembinasa_kelas_Zumwalt

Pembinasa_kelas_Zumwalt

Pembinasa kelas-Zumwalt adalah sebuah kelas pembinasa peluru berpandu dalam Tentera Laut Amerika Syarikat yang direka sebagai sebuah kapal halimunan pelbagai pepranan dengan fokus untuk misi serangan darat. Kelas pelbagai peranan keduanya adalah sebagai kapal permukaan dan peperangan anti pesawat. Asalnya, ia telah direka dengan peranan utama untuk memberi sokongan temabkan meriam daripada laut. Ia bertujuan untuk mengantikan tempat kapal tempur.[11] Kapal ini direka berdasarkan dua buah Advanced Gun System, turet dan kelopaknya, serta peluru Peluru Serangan Darat Jarak Jauh (Long Range Land Attack Projectile atau LRLAP) yang unik.[9] Perolehan LRLAP kemudian dibatalkan, disebabkan meriam-meriam yang tidak dapat digunakan,[9] oleh itu pihak tentera laut kemudian menilai semula kapal ini untuk tujuan peperangan permukaan.[12] Rekabentuk kelas ini terhasil berdasarkan program "pembinasa serangan darat" DD-21 atau "DD(X)".Kapal pertama dari kelas ini dinamakan Zumwalt bersempena dengan nama Laksamana Elmo Zumwalt dan membawa nombor badan DDG-1000. Asalnya, 32 buah kapal dirancang akan dibina, dengan AS$9.6 bilion kos untuk penyelidikan dan pembangunan dibahagikan pada semua kapal. Apabila kos melebihi angaran, jumlahnya diturunkan kepada 24 buah, kemudian 7 buah dan akhirnya 3 buah. Peningkatan kos yang ketara iaitu AS$4.24 bilion bagi setiap kapal (tidak termasuk kos R&D)[1][13][14][2] dan melebihi kos seunit bagi sebuah kapal selam kelas-Virginia berkuasa nuklear (AS$2.688 bilion).[15][16] Peningkatan kos per unit secara dramatik ini mencetuskan salah laku Pindaan Nunn–McCurdy dan pembatalkan bagi pembinaan seterusnya.[17][18] Pada April 2016, kos keseluruhan program adalah AS$22.5 bilion, dengan kos purata sebuah kapal adalah AS$7.5 bilion.[2]

Rujukan

WikiPedia: Pembinasa_kelas_Zumwalt http://www.bga-aeroweb.com/Defense/DDG-1000-Zumwal... http://baltimore.cbslocal.com/2016/10/16/historic-... http://dailycaller.com/2015/10/02/zumwalt-class-de... http://www.foxnews.com/scitech/2012/04/12/cutting-... http://www.navweaps.com/Weapons/WNUS_61-62_ags.htm http://www.navyrecognition.com/index.php?option=co... http://opencrs.com/document/RL32109/2010-06-14/dow... http://www.raytheon.com/businesses/rtnwcm/groups/p... http://www.gao.gov/assets/670/668986.pdf#page=81 http://www.navy.mil/navydata/fact_display.asp?cid=...