Pembunuhan_September
Pembunuhan_September

Pembunuhan_September

Suatu pembunuhan beramai-ramai dilakukan terhadap para banduan serata Paris, Perancis dari 2 hingga 6 atau 7 September 1792 (Bahasa Perancis: Massacres de Septembre); kejadian berdarah sebegini turut terjadi di kota-kota lain serata negara tersebut termasuk Orléans, Meaux, Reims dan Versailles.Keadaan ini berlaku berikutan perasaan revolusioner yang terancam setelah merebaknya desas-desus bahawa suatu serangan besaran akan berlaku hasil gabungan kuasa-kuasa Austria dan Prusia serta pembunuhan beramai-ramai yang bakal dilakukan oleh tahanan royalis jika mereka dibebaskan. Atas rasa paranoia inilah ratusan pihak Sansculotte, Pengawal Negara, Gendarmerie Negara serta relawan tertentu (fédéré)[1][2][3] menyerbu penjara-penjara Paris lalu membunuh sejumlah besar banduan yang ditahan, baik yang berdarah raja atau pernah berkhidmat di bawah kerajaan mahupun daripada kaum kebanyakan sendiri.Sebanyak 1300 orang yang terbunuh dalam peristiwa dahsyat ini;[4] 72% daripada mangsa terbunuh yang diperangkakan tiada kaitan dengan sebarang urusan politik termasuk pemalsu, pencuri dan penyamun serta dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.[5][6]

Berkaitan