Pemerintahan_Ganas
Pemerintahan_Ganas

Pemerintahan_Ganas

Pemerintahan Ganas (5 September 1793 – 28 Julai 1794) (haribulan kedua ialah haribulan 10 Thermidor, tahun II Takwim Revolusi Perancis),[1] juga dikenali mudah sebagai Keganasan ([The Terror] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); [la Terreur] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), ialah tempoh berlakunya keganasan selepas Revolusi Perancis. Keganasan ini diapikan oleh golongan politik yang bersaing, puak Girondin dan Jacobin, dan ditanda oleh pembunuhan beramai-ramai "musuh revolusi". Bilangan orang yang maut dianggarkan berpuluhan ribu termasuk 16,594 orang menjalani hukuman mati dipenggal gilotin (sebanyak 2,639 orang dihukum di Paris sahaja[2] dan 25,000 dihukum mati terus di seluruh Perancis.[3]); antara orang yang dihukum begini dari kerabat diraja seperti Marie Antoinette, Raja Louis XVI, anggota-anggota puak Girondin, Louis Philippe II, Duc Orleans dan Madame Roland sehinggalah ke orang kebanyakan yang ada hubungan dengan kerabat diraja seperti perintis sains kimia Antoine Lavoisier.Pada tahun 1794, revolusioner Perancis dibeban konspirasi musuh dalaman dan luaran. Dalam Perancis, revolusi ditentang oleh bangsawan Perancis yang telah hilang kedudukan dan hak istimewa mereka. Secara amnya Gereja Katolik Rom menentang Revolusi kerana ia menjadikan para pegawai dan padri gereja kakitangan kerajaan dan menghendaki mereka mengangkat sumpah taat setia kepada negara (melalui Perlembagaan Sivil Padri). Lagi pula, Republik Pertama Perancis terlibat dengan siri peperangan Revolusi dengan negara jiran yang berniat menghapuskan revolusi demi mencegah penularannya. Perang saudara yang berlanjutan serta kemasukan tentera asing ke dalam negara menimbulkan krisis politik dan meningkatkan persaingan antara Girondin dengan puak Jacobin yang lebih radikal. Puak yang kedua akhirnya digolongkan dalam kumpulan parlimen yang digelar "Gunung", dan mereka memiliki sokongan penduduk Paris. Kerajaan Perancis menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Awam, bagi membanteras kegiatan anti-revolusi dan memgembangkan angkatan tentera Perancis. Ketua-ketua "Ganas" memiliki kuasa diktator luas melalui Tribunal Revolusi dan menggunakan kuasa itu untuk mengapikan hukuman mati beramai-ramai dan penyingkiran politik. Penindasan bertambah pesat dalam bulan Jun dan Julai 1794, satu tempoh yang digelar "la Grande Terreur" ("Keganasan Besar"), dan berakhir dengan coup d'etat pada 9 Thermidor Tahun II (27 Julai 1794). Ini membawa kepada "tindak balas Thermidor" yang menyaksikan beberapa tokoh utama Pemerintahan Ganas menjalani hukuman mati, termasuklah Louis de Saint-Just dan Maximilien de Robespierre.