Pemesanan_makanan_dalam_talian

Pemesanan makanan dalam talian ialah proses memesan makanan melalui laman web atau aplikasi peranti bergerak tempat makan itu sendiri, atau laman web atau aplikasi peranti bergerak kumpulan tempat makan.[1][2][3] Pelanggan dapat memilih makanan yang dipesan atau ditempah.[4] Prosesnya termasuk pelanggan memilih tempat makan pilihan mereka, memeriksa menu makanan, memilih makanan dan yang terakhir memilih untuk diambil atau dikirim.[5] Pembayaran kemudian diuruskan dengan membayar menggunakan kad kredit atau kad debit melalui aplikasi atau laman web atau tunai di tempat makan semasa mengambil makanan.[4] Laman web dan aplikasi memberitahu kualiti makanan, jangka waktu penyajian makanan, dan kemudahan makanan siap untuk diambil atau jangka waktu makanan tersebut akan dihantar kepada pelanggan.[5]