Peminat

Peminat atau penggemar[nota bahasa 1] (Jawi: ڤمينت atau ڤڠݢمر) merujuk kepada sesiapa sahaja yang bersemangat menggemari sesuatu topik seperti kugiran, pasukan sesebuah sukan, karya rekaan atau genre rangkuman karya tersebut, malah juga orang ternama termasuk negarawan. Minat yang sama terhadap benda atau orang tertentu ini mendorong pembentukan suatu lingkungan yang bisa berkembang menjadi lebih besar.Minat golongan sebegini mendorong mereka mengadakan perjumpaan khusus, berkarya yang menumpu khusus terhadap topik disentuh (misalnya dalam bentuk cereka peminat); serta menulis surat meluahkan kepentingan dan perhatian mereka ataupun mewarwarkan mengenai perkara disukai mereka.