Pendudukan_Paksi_ke_atas_Greece
Pendudukan_Paksi_ke_atas_Greece

Pendudukan_Paksi_ke_atas_Greece

Pendudukan Greece oleh Kuasa Paksi (Bahasa Yunani: Η Κατοχή, I Katochi, 'pendudukan') bermula pada April 1941 selepas Jerman Nazi menceroboh Greece untuk membantu sekutunya, Fasis Itali, yang telah berperang dengan Pihak Bersekutu Greece sejak Oktober 1940. Selepas penaklukan Crete, seluruh Greece telah diduduki menjelang Jun 1941. Pendudukan tanah besar berakhir setelah Jerman dan sekutunya Bulgaria terpaksa berundur dibawah tekanan pihak Bersekutu pada awal Oktober 1944. Namun, garison Jerman kekal menguasai Crete dan beberapa kepulauan Aegea lain sehingga berakhirnya Perang Dunia II di Eropah, menyerahkan pulau-pulau ini pada Mei dan Jun 1945.Fasis Itali pada awalnya mengisytiharkan perang dan menceroboh Greece pada Oktober 1940, tetapi Tentera Hellenic berjaya menolak kembali tentera penceroboh ke negara jiran Albania, waktu itu adalah protektorat Itali. Jerman Nazi campur tangan bagi pihak sekutunya di selatan Eropah. Sementara kebanyakan Tentera Hellenic telah dipindahkan ke barisan hadapan Albania untuk menangkis serangan balas tanpa henti Itali, satu kempen pantas Blitzkrieg Jerman bermula pada April 1941, dan pada Jun (dengan penaklukan Crete) Greece telah dikalahkan dan dijajah. Kerajaan Greek di buang negeri, dan sebuah kerajaan boneka pro Paksi telah ditubuhkan di negara itu. Wilayah Greece telah dibahagikan kepada zon-zon pendudukan yang dikendalikan oleh Kuasa Paksi, dengan pihak Jerman sendiri mentadbir wilayah terpenting negara itu, termasuk Athens, Thessaloniki dan Kepulauan Aegea yang strategik. Wilayah-wilayah lain negara itu diberikan kepada rakan Jerman, iaitu Itali dan Bulgaria.Pendudukan ini menghancurkan ekonomi Greece dan membawa penderitaan yang amat teruk kepada penduduk awam Greece.[1] Sebahagian besar negara Greece mengalami kehancuran industrinya (80% darinya musnah), infrastruktur (28% musnah), pelabuhan, jalan raya, jalan keretapi dan jambatan (90%), hutan dan sumber semula jadi lain (25%)[2][3][4] dan kehilangan nyawa orang awam (7.02–11.17% dari jumlah rakyatnya).[5][6] Lebih 40,000 orang awam terkorban di Athens sahaja akibat kebuluran, dan puluhan ribu lagi mati akibat pembalasan oleh pihak Nazi dan konco-konconya.[7]Penduduk Yahudi Greece hampir dihapuskan. Dari populasi sebelum perang yang berjumlah 75–77,000 orang, hanya sekitar 11–12,000 orang terselamat, samada mereka menyertai penentangan atau disembunyikan.[8] Kebanyakan mereka yang mati dihantar ke Auschwitz, manakala mereka yang di Thrace, dibawah pendudukan Bulgaria, telah dihantar ke Treblinka. Pihak Itali tidak mengusir orang Yahudi yang tinggal di wilayah kekuasaan mereka, tetapi apabila pihak Jerman mengambil alih, orang Yahudi yang tinggal disana juga diusir.Pada masa yang sama Pemberontak Greece telah ditubuhkan. Kumpulan pemberontak ini melancarkan serangan gerila terhadap kuasa-kuasa penjajah, berjuang menentang kolaborator Batalion Sekuriti, dan menubuhkan rangkaian pengintip. Menjelang akhir tahun 1943 kumpulan penentang mula berperang sesama sendiri. Apabila tanah besar dibebaskan pada Oktober 1944, Greece berada dalam keadaan polarisasi politik, yang kelak menyebabkan tercetusnya Perang Saudara Greece. Perang saudara selepasnya memberi peluang kepada ramai kolaborator penting Nazi yang bukan hanya untuk melepaskan diri dari hukuman (sebab antikomunisme), tetapi menjadi kelas pemerintah Greece pasca perang, selepas kekalahan komunis.[9][10]Pemberontak Greece membunuh 21,087 askar Paksi (17,536 Jerman, 2,739 Itali, 1,532 Bulgaria) dan menangkap 6,463 (2,102 Jerman, 2,109 Itali, 2,252 Bulgaria), manakala seramai 20,650 partisan Greece terkorban dan sejumlah yang tidak diketahui telah ditangkap.[11]

Rujukan

WikiPedia: Pendudukan_Paksi_ke_atas_Greece http://crimesagainstgreeks.com/attachments/article... http://www.distomo-griechenland.de/pdf-dateien/mav... http://library.antibaro.gr/text/History/1940/Mavri... http://www.kairatos.com.gr/vivlia/mavrivivlos.pdf http://www.ww2.gr/ http://www.acjna.org/acjna/articles_detail.aspx?id... //doi.org/10.1080%2F1354571042000254728 http://www.ibiblio.org/hyperwar/ETO/East/Balkans/A... http://www.truth-out.org/speakout/item/24456-the-m... http://www.yadvashem.org/holocaust/video-lectures/...