Tentera_Darat_Yunani
Tentera_Darat_Yunani

Tentera_Darat_Yunani

Tentera Darat Yunani atau Tentera Hellenik (Bahasa Yunani: Ελληνικός Στρατός, Ellinikós Stratós), dibentuk pada 1828, merupakan tentera darat bagi Greece. Bersama dengan Tentera Udara Hellenic (Hellenic Air Force - H.A.F.) dan Tentera Laut Hellenik (H.N.), ia membentuk Pasukan Bersenjata Hellenic. Ia pada masa ini merupakan cabang terbesar dari ketiganya. Tentera diketuai oleh ketua bagi Staff Jeneral Tentera Hellenic ("Hellenic Army General Staff - HAGS"), yang sebaliknya di bawah pentadbiran Staff Jeneral Pertahanan Kebangsaan Hellenik ("Hellenic National Defence General Staff - HNDGS"). Moto Tentera Hellenik adalah Ἐλεύθερον τὸ Εὔψυχον (Eleútheron tò Eúpsychon), "Kebebasan datangnya dari Keberanian", dari Sejarah Perperangan Peloponnesian (2.43.4) oleh Thucydides. Jata Tentera Hellenik adalah helang berkepala dua dengan salib Yunani escutcheon ditengah, mewakili hubungan antara Greece moden, Gereja Ortodox Greek, dan Empayar Byzantine. Tentera Hellenik juga merupakan penyumbang utama Kumpulan Tempur Balkan yang dipelorpori oleh KE.

Tentera_Darat_Yunani

Aktif 1821 (de facto)
1828 (rasmi)
Regimental War Flag
Penaung Santo Georgios
Sebahagian daripada Pasukan Bersenjata Hellenik
Formasi Pembentukan Tentera Hellenik
Kelengkapan 1,244 Kereta Kebal Utama, 4,209 Kenderaan Tempur Infantri & Kenderaan Pengangkut Anggota, dan 4,840 Artileri
Kesetiaan Republik Hellenik
Katua Staff Jeneral Tentera Lt. Gen. Athanasios Tselios
Pertempuran Perperangan Kemerdekaan Greek
Perang Greco-Turkish (1897)
Perang Balkan Pertama
Perang Balkan Kedua
Perang Dunia Kedua
Campur tangan Berikat dalam Perang Saudara Russia
Perang Greco-Turkish (1919–1922)
Sejarah tentera Greece semasa Perang Dunia Kedua
Perang Saudara Greek
Perang Korea
Operasi Tentera menentang Turki di Cyprus
Gulf War
Perang di Afghanistan (2001–kini)
Perang terhadap Pengganas
Komanderterkenal Raja Constantine I, Lt. Gen. Panagiotis Danglis, Lt. Gen. Ioannis Metaxas, Lt. Gen. Nikolaos Plastiras, Lt. Gen. Georgios Kondylis, Lt. Gen. Konstantinos Ventiris, Fld. Marshal Alexander Papagos, Lt. Gen. Thrasyvoulos Tsakalotos
Identification marking ΕΣ
Peranan Pertahanan Kebangsaan
Saiz Bilangan piwaian semasa aman:
nominal 90,000 orang
(88,262 pada 2011[1])
Kekuatan masa perang:
253,500[1]
Negara  Yunani
Moto Kebebasan datangnya dari Keberanian
Inspector-Jeneral bagi Tentera Lt. Gen. Vasileios Tellidis
Jenis Tentera Darat