Penerbangan_1951_Turkish_Airlines
Penerbangan_1951_Turkish_Airlines

Penerbangan_1951_Turkish_Airlines

Penerbangan 1951 Turkish Airlines (juga Insiden Landasan Polderbaan) terhempas pada 25 Februari 2009. Sembilan terbunuh, sementara lebih 50 yang lain cedera apabila sebuah pesawat penumpang Turkish Airlines (THY) yang membawa 143 orang terhempas ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, di sini hari ini.Timbalan Setiausaha Kementerian Pengangkutan Turki, Suat Hayri Aka mengesahkan mengenai angka kematian itu kepada stesen penyiar CNN Turk. Pesawat Boeing 737 yang dalam penerbangan dari Istanbul, Turki itu terputus tiga apabila terhempas bersebelahan landasan. Sebelum itu, di Ankara, laporan awal memetik Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim sebagai berkata, tiada seorang pun daripada 135 penumpang di dalam pesawat itu terbunuh. Katanya, semua lapan krew di dalam pesawat tersebut turut selamat. Berita baik kerana tidak ada korban jiwa dalam nahas di Lapangan Terbang Schiphol,” katanya dalam laporan awal tersebut. Beliau bagaimanapun mengesahkan ada penumpang yang cedera tetapi tidak menyebut bilangan mereka. Terdahulu stesen CNN Turk melaporkan seorang terkorban dan 20 lagi cedera.Penyiasatan awal mendapati bahawa kemalangan itu disebabkan terutamanya oleh tindak balas automatik pesawat yang dicetuskan oleh alat pengukur tinggi radio rosak. Ini menyebabkan autothrottle untuk mengurangkan kuasa enjin untuk terbiar semasa pendekatan. Anak-anak kapal perasan ini terlambat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan teras dan pulih pesawat sebelum ia terhenti dan terhempas.Seramai 50 penumpang terselamat tanpa sebarang kecederaan dan sesetengahnya dilihat berjalan meninggalkan lokasi nahas, lapor stesen CNBC Turkey. Televisyen Belanda pula menunjukkan pesawat itu berada di sebuah padang berlumpur dengan bahagian ekornya tercabut dan keretakan luas pada bahagian badannya di belakang kokpit. Kami sekarang berada di tengah-tengah padang, kira-kira 5-6 kilometer dari terminal, kebanyakan penumpang cedera dan kira-kira 30 ambulans sudah tiba,” kata seorang penumpang yang terselamat, Mustafa Bahcecioglu kepada stesen televisyen Turki, Channel 24. Seorang lagi penumpang, Huseyn Sumer memberitahu CNN Turk menerusi telefon: “Kami ingin memaklumkan keadaan tidak begitu serius tetapi mungkin ada kemalangan jiwa di bahagian depan pesawat.”

Penerbangan_1951_Turkish_Airlines

Tarikh 25 Februari 2009
Nama pesawat Tekirdağ
Kematian 9
Pendaftaran TC-JGE
Destinasi Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda
Jenis pesawat Boeing 737-8F2
Kecederaan 86, termasuk 6 kritikal dan 25 teruk
Ringkasan Kemalangan kerana radio alat pengukur tinggi rosak, diburukkan oleh keralatan juruterbang, tegun
Asal penerbangan Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki
Penumpang 128
Anak kapal 7
Terselamat 126
Pengendali Turkish Airlines
Tempat Landasan Polderbaan, berdekatan Lapangan Terbang Schiphol
52°22′34″N 4°42′50″E / 52.37611°N 4.71389°E / 52.37611; 4.71389Koordinat: 52°22′34″N 4°42′50″E / 52.37611°N 4.71389°E / 52.37611; 4.71389