Penerbangan_401_Eastern_Air_Lines
Penerbangan_401_Eastern_Air_Lines

Penerbangan_401_Eastern_Air_Lines

Penerbangan 401 Eastern Air Lines adalah sebuah jet Lockheed L-1011 TriStar yang terhempas ke Everglades, Florida pada malam 29 Disember 1972, menyebabkan 101 orang penumpang terkorban (77 orang terselamat, tetapi dua orang maut kemudian). Kemalangan ini berlaku kerana anak kapal penerbangan gagal menyedari ketidakaktifan autojuruterbang semasa hendak menyelesaikan masalah sistem penunjuk kedudukan tayar pesawat. Akibatnya, penerbangan itu hilang ketinggian apabila anak kapal tidak memberi perhatian dan akhirnya terhempas. Ia adalah kemalangan pertama pesawat berbadan lebar di AS, dan merupakan nahas terburuk di Amerika Syarikat pada ketika itu.[1] Ia juga dikenali dengan laporan aktiviti paranormal, yang melibatkan bahagian-bahagian guna semula pesawat; Eastern Airlines kemudian membuang bahagian Penerbangan 401.[1]