Pengajian_gender

Pengajian Gender merupakan satu bidang yang merentas disiplin akademik mengenai hubungan, identiti dan peranan perempuan dan lelaki dalam budaya, politik, agama, dan ekonomi. Penggiat Pengajian Gender berminat untuk memperkayakan dan mentransformasikan ilmu pengatahuan sejagat kerana merasa wanita telah diabaikan atau diketepikan dalam ilmu pengetahuan dan bidang-bidang seperti sejarah, falsafah, sastera dan sains. Ini dilakukan dengan memperkenalkan fahaman feminisme kepada sistem-sistem penghasilan ilmu (epistemologi) bagi mencabar bias dan corak pengagihan ilmu yang bersifat androsentrik. Juga dikenali sebagai Pengajian Wanita, bidang ini meletakkan wanita sebagai ‘pusat’ dalam penjanaan ilmu atau "ginosentrik". [1]Penggiat Pengajian Gender mempunyai pendirian kritikal terhadap bidang-bidang sosial yang “buta” kepada gender (gender-blind). Pengajian Gender menukar arah tumpuan daripada corak penghasilan ilmu pengetahuan yang androsentrik kepada suatu perspektif di mana idea-idea, pengalaman, keperluan dan minat wanita yang berlainan daripada lelaki dijadikan tumpuan penghasilan ilmu pengetahuan.