Darat Pengangkutan_di_Malaysia

Jalan raya

Rangkaian jalan raya Malaysia merangkumi 98,721 kilometer (61,342 mi), 80,280 kilometer (49,884 mi) berturap, dan 1,821 kilometer (1,132 mi) merupakan lebuh raya.[1] Lebuh raya terpanjang negara ini, Lebuh Raya Utara-Selatan berpanjang melebihi 800 kilometer (497 mi) di antara sempadan Thai dan Singapura. Sistem jalan raya di Sabah dan Sarawak kurang dimajukan dan bermutu rendah jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.[2] Pemanduan di kiri adalah wajib sejak pengenalan kereta bermotor di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1903 semasa era penjajahan British.

Kereta api

Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1,849 kilometer (1,149 mi). 1,792 kilometer (1,113 mi) daripadanya merupakan landasan sempit, sementara 57 kilometer (35 mi) merupakan landasan piawai. 150 kilometer (93 mi) daripada landasan sempit dan semua landasan piawai berelektrik.[1] Sistem Transit Aliran Ringan bertingkat yang agak murah digunakan di sesetengah bandar raya, seperti Kuala Lumpur.[3]