Pengawal_keselamatan
Pengawal_keselamatan

Pengawal_keselamatan

Pengawal keselamatan (atau tidak rasmi, jaga) ialah orang yang bekerja mengawal dan menjaga keselamatan seseorang yang penting, rumah, bangunan, pejabat dan sebagainya. Biasanya mereka diuruskan oleh sebuah syarikat keselamatan.Pengawal keselamatan penting untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda. Risiko pekerjaan ini tinggi kerana mereka terdedah untuk ditembak, dipukul dan dicaci maki oleh pengunjung, perompak dan orang yang tidak dikenali.Bagi meningkatkan keberkesanan kerjaya ini, mereka dibekalkan dengan senjata seperti cota dan senapang. Bekas tentera dan polis yang pernah mengendalikan senjata lazim dilantik menjadi ketua pengawal keselamatan. Wanita dan orang berumur turut dilantik menjadi pengawal keselamatan di premis tidak berisiko tinggi seperti di hospital dan pejabat.[1]