Pada
1 Oktober 2005, tiga letupan
bom telah berlaku di pantai Jimbaran,
Nusa Dua dan
Kuta di Pulau
Bali, Indonesia. 23 orang terbunuh (termasuk 3 pengebom berani mati) dan 130 orang cedera termasuk warga
Australia dan
Jepun.Kejadian berlaku jam 18:50
WITA (
UTC +8) di sekitar restoran pinggir pantai Jimbaran dan berdekatan "Hotel Four Seasons", Jimbaran, "Hotel Westin", Nusa Dua dan di "Pasar Raya Matahari" serta "Restoran Raja" di Kuta. Turut terlibat rosak ialah "Restoran Nyoman" dan "Restoran Tebah". 21 mayat mangsa dihantar ke Hospital Sanglah manakala 11 lagi ke Hospital Griya Asih.
Polis Indonesia juga menemui beberapa butir bom yang ditanam di dalam pasir di kawasan restoran pinggir pantai Jimbaran dan gagal meletup.Pengeboman di Bali pada tahun
2005 ini telah dikaitkan dengan
Jemaah Islamiah (JI).
[1] Polis Indonesia juga telah mengambil langkah drastik menyiarkan gambar-gambar pengebom yang disyaki menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Mereka ini disyaki kerana bukti melalui lensa
kamera keselamatan yang dipasang di kawasan tersebut telah menunjukkan mereka telah memakai jaket tebal dan berkeadaan mencurigakan. Mereka ini disyaki kerana keadaan mayatnya yang hanya tinggal kepala sahaja dan masih sempurna.Jemaah Islamiah dan pengganas paling dicari,
Azahari Husin dan
Noordin Mohd Top warganegara
Malaysia itu diburu polis selepas kejadian
pengeboman Bali 2002 dengan ganjaran masing-masing RM400,000.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk kejadian ini dan berkata kerja-kerja risikan juga akan dipertingkatkan dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.
[1]