Pengeboman_MacDonald_House

Indonesia-MalaysiaPengeboman MacDonald House berlaku pada 10 Mac 1965 di sebuah bangunan Hong Kong And Shanghai Bank (yang kini dikenali sebagai MacDonald House) di Orchard Road, Singapura, yang semasa itu merupakan sebahagian daripada Malaysia. Bom masa janaan nitrogliserin ditanam oleh dua orang askar Tentara Nasional Indonesia menganggotai Korps Komando Operasi iaitu Harun Thohir dan Usman Janatin dalam misi mensabotaj semasa berlangsungnya Konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia.Letupan itu membunuh tiga orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 33 orang lain. Ia merupakan serangan pengganasan paling berdarah di negeri Singapura ketika ia menganggotai Persekutuan Malaysia.