Kesan Pengeboman_Yeonpyeong

Kejadian pengeboman ini menyebabkan beberapa rakyat Korea Selatan yang tinggal di Yeonpyeong kehilangan nyawa. Dua askar marin Korea Selatan, Sarjan Seo Jeong-wu dan Prebet Kelas Pertama Moon Gwang-wuk, terbunuh, enam orang cedera parah, dan sepuluh lagi dirawat untuk kecederaan kecil. Bedilan ini turut meragut nyawa dua orang awam.[11] Selain itu, serangan ini juga menyebabkan kebakaran di pulau.[12]

Serangan Korea Utara ini juga menyebabkan pasaran kewangan sedunia teruk terjejas. Sebilangan mata awang Asia kesusutan nilai berbanding euro dan dolar Amerika, pada masa yang sama bursa saham Asia turut mengalami kejatuhan.[13] Kesan pembedilan ini terhadap industri kewangan juga memanggil bank pusat Korea Selatan, iaitu Bank Korea, untuk mengadakan mesyuarat kecemasan untuk menilai impak pertempuran ini terhadap pasaran.[14]

Rujukan

WikiPedia: Pengeboman_Yeonpyeong http://www.businessweek.com/news/2010-11-23/asian-... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2010/12/... http://www.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/11/23/nkorea... http://news.donga.com/3/all/20101229/33568078/1 http://joongangdaily.joins.com/article/view.asp?ai... http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-f... http://www.nytimes.com/2010/11/24/world/asia/24kor... http://www.nytimes.com/2010/11/24/world/asia/24kor... http://www.reuters.com/article/idUSTRE6AM0YS201011... http://www.time.com/time/world/article/0,8599,2032...