Punca Pengeboman_Yeonpyeong

Para pakar mempercayai bahawa tindakan Korea Utara sedikit sebanyak didorong peralihan kuasa yang berlaku dalam kerajaan Korea Utara, apabila Kim Jong-un dilantik sebagai pewaris kepimpinan Kim Jong-il, serta peranan tentera Korea Utara dalam dasar luar negara. Robert Kelly, seorang profesor pembantu di Universiti Kebangsaan Pusan di Korea Selatan, berkata bahawa kaliber global Seoul yang semakin tinggi mungkin telah membangkitkan kemarahan Pyongyang. "Tekaan awal saya ialah bahawa ini merupakan pembalasan kepada martabat antarabangsa yang dinikmati oleh Korea Selatan di G20 baru-baru ini. G20 menyerlahkan kemunduran Korea Utara dengan cara yang sama Korea Selatan ditonjolkan sebagai rakan pertubuhan elit global ini yang menetapkan peraturan antarabangsa, inilah yang tidak disukai oleh pihak Korea Utara," katanya.[8][9] Juga difikirkan bahawa provokasi ini ada hubung kait dengan keperluan bantuan makanan di Korea Utara.[10]

Rujukan

WikiPedia: Pengeboman_Yeonpyeong http://www.businessweek.com/news/2010-11-23/asian-... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2010/12/... http://www.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/11/23/nkorea... http://news.donga.com/3/all/20101229/33568078/1 http://joongangdaily.joins.com/article/view.asp?ai... http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-f... http://www.nytimes.com/2010/11/24/world/asia/24kor... http://www.nytimes.com/2010/11/24/world/asia/24kor... http://www.reuters.com/article/idUSTRE6AM0YS201011... http://www.time.com/time/world/article/0,8599,2032...