Kesan Pengepungan_Aleppo_(637_M)

Abu Ubaidah menghantar sebuah pasukan di bawah Malik bin Asytar bagi menawan Azaz yang terletak pada jalan ke "Rom". Wilayah yang dipanggil orang Islam sebagai "Rom" atau "Rum" merangkumi daerah yang sekarang terletak pada selatan Turki, pada sebelah timur Pergunungan Taurus. Malik, dengan dibantu Joachim, menawan Azaz dan menandatangani perjanjian dengan para penduduk tempatan sebelum pulang ke Aleppo. Penaklukan Azaz penting bagi memastikan tiada pasukan Romawi berada di utara Aleppo. Ini kerana pasukan musuh di Azaz dapat menyerang bahagian rusuk dan belakang tentera Muslim semasa serangan lanjut dilaksanakan. Sebaik sahaja Malik bin Ashtar pulang dan menyertai tenteranya, Abu Ubaidah bergerak ke arah barat untuk menawan Antioch. Kota ini ditawan selepas Pertempuran Jambatan besi pada 30 Oktober 637 M.[1]