Pengepungan_Castelnuovo
Pengepungan_Castelnuovo

Pengepungan_Castelnuovo

Pengepungan Castelnuovo merupakan pertempuran yang terjadi semasa pergelutan antara Empayar Uthmaniyyah dan Habsburg untuk menguasai Mediterranean pada Julai 1539 di kota berkubu Castelnuovo yang kini terletak di Herceg Novi, Montenegro. Kota berkubu tersebut telah dikepung dari darat dan laut oleh tentera Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Hayreddin Barbarossa. Beliau telah menawarkan tawaran menyerahkan kota tersebut tanpa pertumpahan darah kepada tentera pertahanan kota. Namun, tawaran tersebut telah ditolak oleh komander Sepanyol, Francisco de Sarmiento walaupun beliau sedar armada Kristian yang tumpas dalam Pertempuran Preveza sebelum ini tidak akan muncul memberikan bantuan kepadanya.