Pengepungan_Orléans
Pengepungan_Orléans

Pengepungan_Orléans

Pengepungan Orléans atau Pertempuran Orléans (12 Oktober 14288 Mei 1429) adalah kemenangan Perancis yang pertama bagi Jeanne d'Arc semasa Perang Seratus Tahun dan merupakan titik balik dalam perang antara Perancis dan England.Setelah kematian Henry V dari England, yang telah naik takhta sebagai raja Perancis, putera Henry yang masih bayi, Henry VI dari England, dinamakan sebagai Raja Perancis. Charles VII dari Perancis, putera raja Perancis sebelumnya, Charles VI, sangat lemah dan tidak berbuat apapun untuk menuntut hak beliau sehinggalah Jeanne d'Arc, seorang gadis berusia 17 tahun yang mendakwa telah mendengar suara Tuhan, memujuk beliau untuk mengambil langkah.Kemenangan Perancis di Orléans menjadi satu titik balik yang penting untuk pihak Perancis kerana hal ini menyuntik semangat para pendukung Charles VII. Setelah kemenangan di Orléans, Charles diangkat menjadi raja di Reims, dan Perancis memperoleh kemenangan di Paris dan Patay. Jeanne d'Arc ditangkap oleh orang-orang dari Bourgogne, dan diserahkan kepada pihak England. Jeanne d'Arc yang mengatakan bahawa beliau tidak bersalah di atas tuduhan memggunakan ilmu sihir namun dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan melawan Gereja Katolik Rom dan menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau.

Pengepungan_Orléans

Tarikh 12 Oktober 1428 – 8 Mei 1429
(6 bulan, 3 minggu dan 5 hari)
TarikhLokasiHasil
Tarikh12 Oktober 1428 – 8 Mei 1429
(6 bulan, 3 minggu dan 5 hari)
LokasiOrléans, Perancis
HasilKemenangan muktamad Perancis
Lokasi Orléans, Perancis
Hasil Kemenangan muktamad Perancis