Penghalaman

Dalam sistem pengendalian komputer, terdapat pelbagai cara di mana sistem pengendalian tersebut dapat menyimpan dan mendapat kembali data daripada storan sekunder untuk digunakan oleh ingatan utama. Salah satu skema pengurusan ingatan sebegini dirujuk sebagai penghalaman. Dalam skema pengurusan ingatan penghalaman, sistem pengendalian mendapat balik data daripada storan sekunder dalam blok-blok bersaiz sama yang dipanggil halaman. Kelebihan utama penghalaman ialah ia membenarkan ruang alamat fizikal sesuatu proses menjadi takberdampingan. Sebelum wujudnya penghalaman, sistem-sistem terpaksa memuatkan keseluruhan aturcara-aturcara dalam storan secara berdampingan lantas menyebabkan pelbagai masalah storan dan penyerpihan.[1]Penghalaman ialah bahagian pelaksanaan ingatan maya yang penting dalam kebanyakan sistem pengendalian serbaguna masa kini, ia membolehkan storan cakera digunakan untuk data yang tidak muat ke dalam Ingatan capaian rawak (RAM). Penghalaman biasanya dilaksanakan sebagai kod berkhususkan seni bina yang dibina dalam inti sistem pengendalian berkenaan.