Penjujukan_DNA
Penjujukan_DNA

Penjujukan_DNA

Penjujukan DNA merupakan proses menentukan turutan nukleotida yang tepat di dalam sesebuah molekul DNA, termasuklah sebarang kaedah atau teknologi yang digunakan untuk menentukan turutan empat alkali—adenina, guanina, sitosina, dan timina—di dalam sejalur DNA. Kemajuan kaedah penjujukan DNA secara pantas telah banyak mempercepat usaha penyelidikan dan penemuan dalam bidang biologi dan perubatan.Pengetahuan jujukan DNA telah menjadi penting untuk penyelidikan biologi asas serta pelbagai bidang amali seperti diagnostik, bioteknologi, biologi forensik, dan sistematik biologi. Kepantasan penjujukan yang deras yang tercapai dengan teknologi penjujukan DNA terkini telah menjadi penting dalam penjujukan DNA yang lengkap, atau genom pelbagai jenis dan spesies hidupan, termasuk genom manusia dan lain-lain jujukan DNA lengkap bagi kebanyakan spesies haiwan, tumbuhan mahupun mikroorganisma.Jujukan-jujukan DNA yang terawal diperoleh pada awal 1970-an oleh para penyelidik akademik yang menggunakan kaedah-kaedah menjerihkan yang berasaskan kromatografi dua dimensi. Ekoran terciptanya kaedah-kaedah penjujukan berasaskan pendarfluor dengan analisa automatik,[1] penjujukan DNA telah menjadi lebih mudah dengan turutuan magnitud yang lebih pantas.[2]

Rujukan

WikiPedia: Penjujukan_DNA http://arrayexplorer.com/#!4-ngs-platforms http://www.genengnews.com/gen-articles/next-genera... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://adsabs.harvard.edu/abs/1972Natur.237...82J http://adsabs.harvard.edu/abs/1973PNAS...70.3581G http://adsabs.harvard.edu/abs/1976Natur.260..500F http://adsabs.harvard.edu/abs/1977Natur.265..687S http://adsabs.harvard.edu/abs/1991Sci...252.1651A http://adsabs.harvard.edu/abs/1995Sci...269..496F