Sejarah Penyakit_Parkinson

Pada tahun 1817, seorang doktor Inggeris bernama James Parkinson menerbitkan enam kes berkaitan penemuan paralysis agitans[4] dalam pesakit bertajuk An Essay on the Shaking Palsy yang menggambarkan ciri-ciri yang jelas seperti tremor rehat, postur dan gait yang tidak normal, kelumpuhan dan kemerosotan kekuatan otot; serta bagaimana penyakit ini berkembang dan merebak dari masa ke semasa.[5][6] Pakar neurologi yang menambahkan maklumat mereka mengukuhkan penemuan penyakit ini termasuk Armand Trousseau, William Gowers, Kinnier Wilson, Wilhelm Heinrich Erb, dan terutama sekali Jean-Martin Charcot, di mana kajian yang dilakukan beliau dari tahun 1868 hingga 1881 merupakan peristiwa penting dalam memahami penyakit ini:[4] seperti mengenal pasti perbezaan antara ketegaran, kelemahan otot dan bradykinesia dalam mengenal pasti penyakit ini.[4] Charcot turut mencadangkan penamaan penyakit tersebut sempena memperingati James Parkinson.[4]