Penyakit_Parkinson

Penyakit Parkinson ialah sejenis penyakit tidak berjangkit yang menjejaskan sistem motor dalam sistem saraf pusat,[1] di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Gejala penyakit ini berlaku secara senyap dan beransur-ansur, dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini sehingga penyakit tersebut mejejaskan mereka dengan ketaranya. Biasanya, pasangan (suami atau isteri) adalah orang pertama menyedari gejala ini.Punca Parkinson yang dikenali sebagai penyakit orang tua masih belum diketahui secara tepat tetapi dipercayai ada kaitan rapat dengan keturunan, dan hampir 10 peratus pesakit mewarisinya daripada keluarga mereka. Manakala 90 peratus lagi masih misteri, walaupun disyaki ia ada kaitan dengan faktor alam sekitar, terutama kandungan racun serangga dan rumpai dalam makanan.Penyakit Parkinson bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan penghidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik sekiranya mendapatkan rawatan. Adalah penting untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana penghidap penyakit Parkinson masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.