Kapal
penyerang kapal dagang ialah kapal yang menyamar sebagai
kapal dagang bukan penempur bagi menyerang kapal-kapal dagang.
Jerman menggunakan beberpa kapal penyerang kapal dagang pada awal
Perang Dunia Pertama, dan sekali lagi pada awal
Perang Dunia Kedua. Yang paling masyhur[
petikan diperlukan] ialah
Felix von Luckner, seorang kapten kapal penyerang kapal dagang yang menggunakan kapal layar
SMS Seeadler bagi pelayarannya semasa Perang Dunia Pertama.Jerman menghantar dua gelombang, masing-masing dengan enam kapal penyerang permukaan, semasa Perang Dunia Kedua. Berat kebanyakan kapal berada dalam julat 8-10,000 tan. Banyak kapal juga asalnya dibina sebagai
kapal penyejuk yang digunakan bagi membawa makanan segar dari kawasan-kawasan tropika. Kapal-kapal ini lazimnya lebih laju daripada
kapal dagang biasa—faktor yang penting buat
kapal perang. Persenjtaan terdiri daripada enam
meriam laut 15cm (5.9 inci), meriam berkaliber kecil,
torpedo dan juga
pesawat laut. Ada juga yang membawa
periuk api dan dilengkapkan untuk tugas
memasang periuk api. Beberapa kapten sangat kreatif tentang penyamaran kapal dan dapat menyamar sebagai kapal dagang neutral ataupun
Berikat.
Itali menggunakan empat kapal kelas "Ramb" sebagai
penjajap tambahan semasa Perang Dunia Kedua.Kapal-kapal penyerang kapal dagang tidak berperisai kerana kapal-kapal bertujuan untuk menyerang kapal dagang, bukan untuk bertempur dengan kapal perang. Juga, bukan mudah untuk memasang perisai pada kapal awam. Akhirnya, kebanyakan kapal-kapal ini karam ataupun diberi penugasan lain.
Perjajap Dagang Bersenjata British selalunya diubah suai daripada
kapal penumpang dan lebih besar daripada kapal-kapal Jerman.Semasa
Perang Dunia Pertama,
Tentera Laut Diraja British menggunakan
Kapal-Q untuk bertempur dengan
U-boot Jerman. Walaupun kapal-Q sebenarnya kapal perang yang menyamar sebagai kapal dagang, misi mereka yang tertumpu kepada pemusnahan kapal perang musuh berlainan daripada misi penyerang kapal dagang yang tertumpu kepada penggangguan bekalan musuh.