Kehidupan Penyu_pipih

Awal

Bermula bulan Mac hingga Disember, telur anak penyu akan mula menetas.[8] Kemuncaknya adalah pada bulan Februari.[8] Saiz Anak penyu ini lebih besar berbanding penyu spesies lain dengan tempurungnya mencecah hingga 60mm.[4] Saiznya yang besar membantu ia daripada menjadi mangsa dan memudahkan ia berenang.[4] Antara diet anak penyu ini adalah makroplankton.

Anak penyu pipih yang sedang menuju ke laut.

Pembiakan

Penyu pipih matang di antara usia 7-50 tahun dan mereka akan bersarang setiap dua hingga tiga tahun.[4][7] Pengawanan berlaku semasa penyu jantan dan penyu betina berada di laut; dengan itu, penyu jantan tidak pernah kembali ke pantai selepas mereka menetas.[7] Tapak bersarang penyu pipih hanya boleh ditemui di sepanjang pantai Australia di lereng bukit pasir.[9] Penyu betina akan kembali ke pantai yang sama untuk rangkapan mereka yang sama pada musim bersarang yang berikutnya. Mereka akan kembali untuk musim bersarang lain, juga.[8] Bergantung pada tapak bersarang, musim bersarang boleh berlansung dari bulan November hingga Januari atau boleh bertahan sepanjang tahun.[9] Mereka mampu bertelur sehingga empat kali sepanjang musim bersarang, dan selang masa antara bersarang boleh antara 13-18 hari.[9] Semasa menggunakan sirip depannya untuk menggali, penyu betina akan membersihkan pasir kering yang terletak di bahagian atas.[7] Selepas ia membersihkan pasir, penyu betina akan membentuk ruang telur dengan menggunakan sirip belakangnya.[7] Selepas dia bertelur, dia akan menutup sarang itu kembali dengan menggunakan saki belakangnya, sambil melontar pasir kebelakang dengan menggunakan sirip depannya.[7]

Bilangan telur penyu pipih yang menetas adalah rendah berbanding penyu lain.[4] Secara purata, sebanyak 50 telur yang berjaya menetas, berbanding spesies lain sebanyak 100-150 telur.[4][9] The eggs are about 55mm long within these clutches.[4] The sex of the flatback turtle hatchling is determined by the temperature of the sand that the egg is in.[6] Sekiranya suhu berada di bawah 29 °C maka yang menetas akan menjadi jantan, dan jika suhu di atas 29 °C ia akan menjadi betina.[6]

Rujukan

WikiPedia: Penyu_pipih http://www.environment.gov.au/cgi-bin/sprat/public... http://www.lrm.nt.gov.au/__data/assets/pdf_file/00... http://www.austurtle.org.au/SeaTurtleBiology/flatb... http://www.academia.edu/29969973/Kajian_Habitat_Pe... http://animaldiversity.org/accounts/Natator_depres... http://www.eol.org/pages/791397 http://www.eol.org/pages/791397/details#Nesting http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=104... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org/details/14363/0