Pemuliharaan Penyu_pipih

Status

Jaring insang yang menjadi ancaman penyu pipih.

Penyu pipih disenaraikan sebagai spesies terjejas di Australia.[2] Ia dianggap kurang terancam berbanding penyu spesies lain.[4] kerana permintaan terhadap dagingnya masih terhad di Australia dan terkawal.[4] Malah, penyu ini juga mendiami habitat yang kecil; oleh itu, populasinya masih lagi terjaga.[4]

Ancaman

Antara ancaman utama spesies ini adalah pemusnahan habitat, perdagangan haiwan, pengumpulan telur tanpa kawalan, daging, tangkapan, pencemaran, dan perubahan cuaca.[9] Masyarakat tempatan Australia mengumpul dan menangkap haiwan ini untuk mendapatkn sumber daging dan protien dari telurnya.[5][6] Kerajaan Australia memberikan permit dan keizinan jika haiwan ini ditangkap bukan bertujuan untuk dikomersialkan.[6] Malah habitat, sarang dan telur mereka juga musnah disebabkan oleh pembangunan kawasan pantai.[5] Selain itu, pembinaan kawasan khemah di tepi-tepi pantai menambahkan risiko hakisan[6] dan laluan-lauan tayar dari kenderan berat juga menghalang anak penyu daripada menuju ke pantai dengan cepat [6] Pembangunan kawasan yang melibatkan kawasan batu karang juga menyebabkan penyu dewasa sukar mendarat ke pantai untuk membina sarang dan bertelur[6] lantas menyebabkan penyu-penyu ini terdedah oleh pemangsa yang berkeliaran. Mereka ditangkap oleh nelayan menggunakan jaring insang jaring hantu, dan sangkar ketam.[6] Pencemaran juga mengancam populasi haiwan ini.[6]

Kaedah Pemuliharaan

Pada tahun 2003, rancangan pemuliharaan telah diadakan.[2] Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar kematian anak penyu disebabkan penjualan telur-telurnya yang tidak terkawal.[2]Di Taman Negara Kakadu, sebuah program pengawasan telah dijalankan untuk memantau spesies ini.[2] Habitat dan taburan haiwan ini berjaya dikenal pasti dan dilindungi.[2] Malah, kini masyarakat antarabangsa juga dilihat lebih prihatin dalam menyampaikan informasi mengenai pengawasan dan pemuliharaan.[2]

Rujukan

WikiPedia: Penyu_pipih http://www.environment.gov.au/cgi-bin/sprat/public... http://www.lrm.nt.gov.au/__data/assets/pdf_file/00... http://www.austurtle.org.au/SeaTurtleBiology/flatb... http://www.academia.edu/29969973/Kajian_Habitat_Pe... http://animaldiversity.org/accounts/Natator_depres... http://www.eol.org/pages/791397 http://www.eol.org/pages/791397/details#Nesting http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=104... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org/details/14363/0