Krisis Peperangan_Islam-Mongol

Pada peringkat awal, Genghis Khan ingin mengadakan hubungan dagang dan diplomatik yang mantap dengan kerajaan Khwarizmiyah. Untuk memulakan hubungan itu, empayar Mongol menghantar satu rombongan seramai 400 orang. Namun ketika penghantaran rombongan tersebut ke wilayah Khwarizmiyah, Inalchuq, gabenor Otrar iaitu wilayah bahagian timur Khwarizmiyah, berpendapat rombongan tersebut adalah merupakan para perisik bagi Empayar Mongol untuk merisik urusan dalaman negara. Untuk mencegah kebocoran rahsia dan urusan dalaman negara, rombongan tadi ditangkap.

Berita penangkapan rombongan niaga Mongol sampai ke pengetahuan Genghis Khan. Beliau menghantar tiga orang utusan untuk pembebasan rombongan tersebut, serta penyerahan gabenor Otrar iaitu Inalchuq kepada Mongol, namun setelah perbincangan dan rundingan pembebasan gagal, ketiga-tiga utusan tadi dipenjara dan kesemua 400 orang tadi dihukum bunuh.

Apabila berita pembunuhan diketahui oleh Genghis Khan, beliau menyiapkan bala tenteranya dan seterusnya menyerang wilayah kerajaan Islam. Ini menyebabkan berlakunya peperangan Islam-Mongol selama hampir satu abad.

Perang Otrar

Perang Samarkand

Perang Khurasan

Perang Parwan

Perang Sungai Indus

Perang Kose Dag

Kejatuhan Baghdad

Perang Ain Jalut

Perang Homs 1

Perang Homs 2

Perang Wadi Khazandar

Perang Marj As-Saffar