Sejarah Perak_FA

Perak FA telah menghabiskan musim 2006 bagi Liga Super Malaysia di tempat kedua, belakang Kedah FA. Perak Fa bermain baik di sepanjang musim, telah menjadi pendahulu liga dan menjadi pasukan pilihan memasuki baki dua perlawanan, tetapi seri 2–2 dengan Terengganu FA membolehkan Kedah FA merampas gelaran tersebut.

Pada akhir musim, pengurusan pasukam mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan beberapa pemain senior yang pada asalnya mempunyai kontrak sehingga Oktober 2007 disebabkan oleh kekangan kewangan.[3]

Merupakan salah satu pasukan yang tidak akan bertindak dengan pantas selepas habis musim dalam mencari bakat bakat pemain baharu, mengikat kontrak pemain yang sedang meningkat juga pemain yang terbaik. Sentiasa memberi harapan kepada peminat setia Perak dengan memberikan objektif yang tidak munasabah kerana tindakan last minute mereka.

Pada musim 2020 yang bakal tiba ini, Perak langsung tidak membuat apa apa perubahan lagi.


Sokongan

Pasukan Perak juga mempunyai gerakan penyokong berkonsepkan Ultras yang dikenali sebagai Ultras Silvermania. Kumpulan penyokong ini akan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan kepada para pemain Perak dari awal sebelum perlawanan hingga lah tamat perlawanan tanpa henti. Dipercayai gerakan Silvermania ini dirancang sekitar tahun 2009 dan merupakan antara yang terawal di Liga Malaysia.

Seperti pasukan lain, negeri Perak juga mempunyai lagu penyokong dan liriknya digunakan untuk menaikkan semangat pemain. Versi popular lagu penyokong Perak adalah dalam versi When The Saints Go Marching In.

Ipoh Mali, Ipoh Mali, Ipoh Mali,
Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong.

Khabar angin mengatakan lagu ini mula kedengaran apabila Perak muncul juara Piala FA Malaysia pada 1990. Sejak itu, laungan Kejor Yeop Kejor menjadi sinonim kepada penyokong Perak. Pada perlawanan akhir Piala FA 1990, Perak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama dan pada masa rehat, penyokong Selangor bersuara kepada penyokong Perak dengan laungan Kejor Yeop Kejor.

Pada masa separuh masa kedua, Perak berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2 dan penyokong Perak mula melaungkan Kejor Yeop Kejor. Lauangan tersebut menjadi semakin kuat apabila Perak berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Selangor.