Perang Arab-Byzantine
Perang Arab-Byzantine

Perang Arab-Byzantine

Konflik awal
Mutah – Tabuk – Dathin – Firaz
Penaklukan Syria Romawi
Qartin – Bosra – Ajnadain – Marj-al-Rahit – Fahl – Damsyik – Maraj-al-Debaj – Emesa – Yarmuk – Baitulmuqaddis – Hazir – Aleppo
Penaklukan al-Rashidin ke atas Mesir Rom
Heliopolis – Alexandria – Nikiou
Penaklukan Maghreb oleh Muslim
Sufetula – Carthage
Serangan Umaiyyad terhadap Anatolia
dan Constantinople

Jambatan Besi – Marash – Phoenix – Constantinople Pertama – Constantinople Kedua – Akroinon
Serangan Arab ke atas wilayah Eropah
Cyprus – Crete – Sicily – Selatan Italy
Konflik kemudian
Anzen – Lalakaon – Bathys Ryax – Kempen John Kourkouas – Kempen Sayf al-Daula – Kempen Nikephoros Phokas – Kempen John Tzimiskes – Kempen Basil II – George Maniakes di Sicily – DamiettaPerang Arab-Byzantine ialah satu siri peperangan antara khilafah Arab Muslim dan Rom Timur atau Empayar Byzantine yang berlaku antara kurun ke-7 sehingga ke-12 M. Peperangan ini bermula pada zaman awal penaklukan Islam di bawah pemerintahan Khalifah-khalifah al-Rasyidin dan Umaiyah dan berterusan dalam bentuk perebutan sempadan yang berpanjangan sehingga permulaan Perang Salib. Akibatnya, Byzantine (Rom atau Rum dalam penulisan sejarah Muslim), kehilangan wilayah yang besar.Kemunculan orang Arab dari Semenanjung Arab pada tahun 630-an M berkesudahan dengan kehilangan wilayah selatan Byzantine, (Syria dan Mesir) secara mendadak kepada Muslim. Pada waktu lima puluh tahun berikutnya, di bawah kepimpinan Kekhalifahan Umaiyah yang agresif, orang Islam akan melancarkan serbuan terhadap Anatolia yang masih di bawah takluk Byzantine, mengancam untuk menawan ibu negara Byzantine, Constantinople, sebanyak dua kali, dan menawan Afrika Byzantine (Exarchate of Africa). Keadaan tidak menjadi stabil sehinggalah kegagalan pengepungan Constantinople pada tahun 718 M apabila Pergunungan Taurus pada sembir timur Anatolia menjadi perbatasan, yang diperkukuhkan dan yang tidak diduduki orang, di antara kedua-dua pihak. Di bawah Kekhalifahan Abbasiyah, perhubungan menjadi lebih normal, dengan pertukaran duta dan juga kedamaian sementara, akan tetapi konflik menjadi keadaan biasa, dengan serbuan dan serbuan balas dilakukan hampir setiap tahun, ditaja oleh kerajaan Abbasiyah ataupun pembesar tempatan, yang berlarutan sampai abad ke-10 M.Semasa kurun-kurun pertama, pihak Byzantine sering berada pada pihak yang bertahan dan mengelak daripada bertempur secara terbuka; mereka lebih suka berundur ke dalam kubu-kubu kuat mereka. Hanya selepas 740 M barulah mereka mula melancarkan serangan balas akan tetapi pihak Abbasiyah masih mampu membalas dengan serangan yang membawa kehancuran besar terhadap Anatolia. Dengan kemerosotan dan perpecahan negeri Abbasiyah di Samarra selepas tahun 861 M dan penguatan Empayar Byzantine di bawah Dinasti Macedonia, nasib kedua-dua empayar mula berubah. Pada tempoh lima puluh tahun berikutnya, yakni dari ca. 920 M hingga 976 M, pihak Byzantines akhirnya berjaya menembusi barisan pertahanan Muslim dan mengembalikan penguasaan Byzantine terhadap Syria dan Armenia Raya. Kurun terakhir perang Arab-Byzantine dipenuhi konflik sempadan dengan pihak Fatimiyah di Syria; akan tetapi sempadan terus stabil sehinggalah kemunculan bangsa baharu, Turki Seljuk, selepas tahun 1060 M.Konflik awal berlangsung pada tahun 634 M sehingga 718 M, dan tamat dengan Pengepungan Arab terhadap Constantinople kedua yang menghalang pengembangan pantas Empayar Arab ke Anatolia. Konflik bagaimanapun berterusan antara kurun ke-9 M dan 1169 M. Pendudukan wilayah selatan Itali oleh tentera Abbasiyah pada kurun ke-9 dan 10 M tidak seperti kejayaan di Sicily. Walau bagaimanapun, di bawah dinasti Macedonia, Byzantine telah menawan semula wilayah di Levant dengan kemaraan tentera Byzantine malah mengancam untuk mengambil semula Baitulmuqaddis di selatan. Amiriah Aleppo dan negeri-negeri jirannya menjadi naungan Byzantine di sebelah timur. Amiriah ini menghadapi ancaman terbesar daripada kerajaan Fatimiyah dari Mesir, sehingga kebangkitan dinasti Seljuk mengundurkan kesemua manfaat dan menolak wilayah Abbasiyyah jauh ke dalam Anatolia. Ini mengakibatkan maharaja Byzantine Alexius I Comnenus putus asa dan memohon bantuan ketenteraan daripada Paus Urban II di Majlis Piacenza; salah satu peristiwa yang menjadi pencetus kepada Perang Salib Pertama.Pihak Muslim juga ke laut, dan dari tahun 650-an M, seluruh Laut Mediterranean menjadi medan pertempuran, dengan serbuan dan serbuan balas dilancarkan terhadap pulau-pulau dan penempatan-penempatan pesisir. Serbuan Muslim memuncak pada kurn ke-9 dan awal kurun ke-10, selepas mereka menawan Crete, Malta dan Sicily, dengan armada-armada mereka merantau ke pantai Perancis, Dalmatia dan kawasan subbandar Constantinople.

Perang Arab-Byzantine

Tarikh 634–1180
Lokasi Levant, Syria, Mesir, Afrika Utara, Anatolia, Crete, Sicily, selatan Itali
TarikhLokasiHasilPerubahanwilayah
Tarikh634–1180
LokasiLevant, Syria, Mesir, Afrika Utara, Anatolia, Crete, Sicily, selatan Itali
HasilSecara keseluruhan manfaat kepada Arab, walaupun kebangkitan Byzantine
Perubahan
wilayah
Levant, Mesopotamia dan Afrika Utara diilhak oleh Arab
Perubahanwilayah Levant, Mesopotamia dan Afrika Utara diilhak oleh Arab
Hasil Secara keseluruhan manfaat kepada Arab, walaupun kebangkitan Byzantine

Rujukan

WikiPedia: Perang Arab-Byzantine http://www.britannica.com/eb/article-9036664 http://books.google.com/?id=-R0G0Enf58AC&dq=Haldon... http://books.google.com/?id=1U4rUaLdYnQC&dq=Howard... http://books.google.com/?id=1nvvDMWN-iEC&dq=Heracl... http://books.google.com/?id=2GD6og3c15IC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=IR9rNAai2koC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=Qf8mrHjfZRoC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=XdFqgSBTYeYC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=jrVW9W9eiYMC&dq=Cyprus... http://books.google.com/?id=nYbnr5XVbzUC&dq=Gregor...