Perang Bosnia
Perang Bosnia

Perang Bosnia

Republik Bosnia dan Herzegovina
 Croatia
Republik Herzeg-Bosnia Croatia Republika Srpska
SFR Yugoslavia
Republik Krajina Serbia Republik Bosnia dan HerzegovinaCroatian Republic of Herzeg-Bosnia
 Croatia Republika Srpska
Republik Krajina Serbia
AP Bosnia Barat (bermula pada tahun 1993)
Disokong oleh:
FR Yugoslavia Republik Bosnia dan Herzegovina
 Croatia
NATO
(Operasi pengeboman, 1995) Republika Srpska
Republic of Serbian Krajina
AP Bosnia Barat
Disokong oleh:
FR Yugoslavia Haris Silajdžić
(Perdana Menteri Bosnia dan Herzegovina) Sefer Halilović
(Ketua Staf ARBiH 1992–1993) Rasim Delić
(ARBiH Komander Staf Jeneral 1993–1995) Enver Hadžihasanović
(Ketua Staf ARBiH 1992–1993) Leighton W. Smith
(Komander AFSOUTH)
…dan lain-lain Gojko Šušak
(Menteri Pertahanan Croatia)
Janko Bobetko
(Ketua Staf HV 1992–1995)
Mate Boban
(Presiden CR Herzeg-Bosnia)
Milivoj Petković
(Ketua Staf HVO) Dario Kordić
(Timbalan Presiden CR Herzeg-Bosnia)
…dan lain-lain Radovan Karadžić
(Presiden Republik Srpska) Ratko Mladić
(Ketua Staf VRS) Momčilo Perišić
(Ketua Staf VJ) Vojislav Šešelj
(Pemimpin para-tentera)
Fikret Abdić (Pemangku Presiden AP Bosnia Barat)
…dan lain-lainb Antara tahun 1994 dan 1995, Republik Bosnia dan Herzegovina telah disokong dan diwakili oleh kedua-dua etnik Bosniak dan Croat Bosnia. Ia di sebabkan oleh Persetujuan Washington.Perang Bosnia merupakan sebuah konflik bersenjata antarabangsa yang terjadi di Bosnia dan Herzegovina antara tahun 1992 hingga 1995. Berikutan berlakunya sejumlah peristiwa keganasan pada awal tahun 1992, mengikut pendapat umum perang ini dipercayai bermula pada 1 Mac 1992 dan tamat pada 14 Disember 1995. Pihak-pihak utama yang bertelagah adalah tentera Republik Bosnia dan Herzegovina dengan etnik Serb and Croat Bosnia yang membuat pengistiharan sendiri akan entiti berasingan di dalam wilayah Bosnia dan Herzegovina, Republika Srpska dan Herzeg-Bosnia, yang mana telah dipimpin dan disokong oleh Serbia dan Croatia.[9][10][11]Perang ini merupakan sebahagian peristiwa yang berlaku selepas perpecahan Yugoslavia. Selepas pemisahan Slovenia dan Croatia daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1991, negeri pelbagai etnik Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina, yang didiami oleh Muslim Bosniak (44 peratus), selain etnik Ortodok Serb (32.5 peratus) dan Katolik Croat (17 peratus), telah meluluskan satu referendum untuk merdeka pada 29 Februari 1992.Referendum ini telah ditolak oleh para perwakilan Serb Bosnia, yang telah memboikot referendum ini dan mewujudkan republik mereka sendiri. Berikutan pengistiharan kemerdekaan Bosnia dan Herzegovina (yang mana mendapat pengiktirafan antarabangsa), Serb Bosnia, diketuai oleh Radovan Karadžić dan disokong oleh kerajaan Serbia yang dipimpin oleh Slobodan Milošević dan Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA), menggerakan pasukan tentera mereka mara ke dalam Republik Bosnia dan Herzegovina sebagai langkah untuk mengawal wilayah Serb, kemudian merebak ke seluruh negara. Mereka juga melakukan penghapusan etnik Bosniak dan Croat, terutamanya di timur Bosnia dan seluruh Republika Srpska.[12]Ia bermula dengan konflik wilayah, pada awalnya di antara tentera Serb yang disusun dalam Tentera Darat Republika Srpska (VRS) dengan Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) yang masa sebahagian besarnya terdiri daripada etnik Bosniak, dan tentera Croat dari Majlis Pertahanan Croatia (HVO). Puak Croat juga ingin merampas sebahagian wilayah Bosnia dan Herzegovina menjadi milik mereka.[13] Pemimpin politik Serb dan Croat kemudian bersetuju untuk memecahkan wilayah Bosnia berdasarkan Persetujuan Karađorđevo dan Graz, mengakibatkan puak tentera Croat berpaling dan menentang ARBiH dan mencetus Perang Bosniak-Croat.[14] Perang Bosnia digambarkan sebagai peperangan yang pahit, pengeboman sembarangan ke atas bandar dan kota, penghapusan etnik dan perogolan massa secara sistematik, kebanyakan dilakukan oleh tentera Serb, dan peringkat yang rendah sedikit, tentera Croat[15] and Bosniak[16]. Peristiwa-peristiwa seperti Pengepungan Sarajevo dan pembunuhan beramai-ramai Srebrenica kemudian menjadi ikon konflik ini.Etnik Serb, meskipun pada awalnya lebih berkuasa dari segi persenjataan dan sumber-sumber yang dibekalkan oleh JNA, akhirnya hilang momentum apabila etnik Bosniak dan Croat bersekutu menentang Republika Srpska pada tahun 1994 dengan penubuhan Persekutuan Bosnia dan Herzegovina berikutan Persetujuan Washington. Selepas pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica dan Markale, NATO mula masuk campur pada tahun 1995 dan melaksanakan Operasi Deliberate Force yang menyasarkan kedudukan tentera Republika Srpska, yang mana menjadi kunci kepada tamatnya perang.[17][18] Perang ini akhirnya tamat selepas Persetujuan Rangka Kerja Umum untuk Keamanan di Bosnia dan Herzegovina ditandatangani di Paris pada 14 Disember 1995. Rundingan damai telah diadakan di Dayton, Ohio dan dimuktamadkan pada 21 November 1995.[19] Berdasarkan pada sebuah laporan yang disusun oleh PBB, dan dipengerusikan oleh M. Cherif Bassiouni, meskipun semua pihak bertanggungjawab atass jenayah perang semasa konflik, tentera Serbia bertanggungjawab untuk 90 peratus daripadanya, tentera Croatia enam peratus dan tentera Bosniak sebanyak empat peratus.[20] Laporan ini menguatkan kesimpulan anggaran yang diterbitkan oleh Agensi Perisikan Pusat pada tahun 1995.[21][22]Pada awal tahun 2008, Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia telah menyabitkan 45 orang Serb, 12 orang Croat dan 4 orang Bosniak di atas jenayah perang berkaitan dengan Perang Bosnia.[23]Templat:Update inline Anggaran terkini mencadangkan angka korban adalah sekitar 100,000 orang telah terbunuh semasa perang.[24][25] Over 2.2 million people were displaced,[26] menjadikan ia sebuah konflik yang paling membinasakan di Eropah sejak berkahirnya Perang Dunia II.[27][28] Selain itu, dianggarkan 12–20,000 wanita telah dirogol, kebanyakan mereka adalah etnik Bosniak.[29][30]

Perang Bosnia

Hasil Kebuntuan ketenteraan
Tarikh 1 Mac 1992 – 14 Disember 1995
(3 tahun, 8 bulan, 2 minggu dan 1 hari)
TarikhLokasiHasilCasus belli
Tarikh1 Mac 1992 – 14 Disember 1995
(3 tahun, 8 bulan, 2 minggu dan 1 hari)
LokasiBosnia dan Herzegovina
HasilKebuntuan ketenteraan
Casus belliKemerdekaan Bosnia dan Herzegovina
Lokasi Bosnia dan Herzegovina
Casus belli Kemerdekaan Bosnia dan Herzegovina

Rujukan

WikiPedia: Perang Bosnia http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.gfbv.ba/index.php?id=126 http://www.idc.org.ba/aboutus/Overview_of_jobs_acc... http://www.prometej.ba/clanak/drustvo-i-znanost/sp... http://www.cbc.ca/news/world/story/2012/04/05/f-bo... http://www.cbc.ca/world/story/2010/04/14/croatia-b... http://pi.library.yorku.ca/ojs/index.php/refuge/ar... http://www.unhchr.ch/tbs/doc.nsf/(Symbol)/33337863... http://www.amazon.com/My-War-Gone-By-Miss/dp/01402...