Empayar UthmaniyahVasal:
Perang Hungary-Uthmaniyah merujuk pada siri-siri pertempuran di antara
Empayar Uthmaniyah dengan
Kerajaan Beraja Hungary. Berikutan dengan
Perang Saudara Byzantine,
penaklukan Gallipoli dan kemenangan dalam
Pertempuran Kosovo, Empayar Uthmaniyah mara untuk menakluk keseluruhan Balkan. Bagaimanapun, serangan Uthmaniyah ke atas Serbia menyebabkan Hungary mengistiharkan perang ke atas Uthmaniyah, merebut hak ke atas
Serbia,
Wallachia dan
Moldavia.Kejayaan awal ke atas Hungary adalah semasa dalam
Perang Salib Varna. Tanpa sokongan luar yang ketara, tentera Hungary berjaya dikalahkan. Meskipun begitu, Uthmaniyah mengalami
kekalahan di Belgrade, selepas
penaklukan Constantinople. Selain itu,
Vlad si Penyula yang terkenal dengan bantuan terhad daripada Hungary berjaya menentang pemerintahan Uthmaniyah sehingga pihak Uthmaniyah meletakkan abang beliau, seorang lelaki yang kurang ditakuit dan dibenci oleh rakyat ke takhta
Wallachia. Kejayaan Uthmaniyah sekali lagi disekat di Moldavia disebabkan campur tangan Hungary, tetapi Uthmaniyah akhirnya mendapat kejayaan apabila Moldavia dan Belgrade masing-masing telah jatuh ke tangan
Bayezid II dan
Suleiman al-Qanuni. Pada tahun 1526, Uthmaniyah mengalahkan tentera Hungary di
Mohács dengan kematian Raja
Lajos II dari Hungary bersama-sama dengan 14,000-20,000 tentera beliau.
[4] Berikutan dengan kekalahan ini, wilayah timur Kerajaan Beraja Hungary (terutamanya
Transylvania) menjadi negara ufti kepada Uthmaniyah, secara konsisten terlibat dalam perang saudara melawan
Raja Hungary. Perang terus berlangsung dengan konflik-konflik penting menentang
dinasti Habsburg oleh
Suleiman dan para pengganti beliau. Di bahagian utara dan barat Hungary, kekal bebas dari pemerintahan Uthmaniyah, tetapi Kerajaan Beraja Hungary, negara paling berkuasa di timur Vienna di bawah
Matthias II kini terpecah yang sering berperang dengan Uthmaniyah.