Perang Punic Pertama

Perang Punic Pertama (264 sehingga 241 SM) merupakan perang pertama daripada tiga perang utama yang berlaku di antara Empayar Carthage dan Republik Rom. Selama 23 tahun, dua kuasa ini bergelut untuk menguasai barat Laut Mediterranean. Carthage, yang kini terletak di Tunisia, adalah kuasa Mediterranean Barat dominan pada permulaan konflik. Akhirnya, Rom menjadi pemenang, mengenakan syarat-syarat perjanjian ketat dan hukuman kewangan yang teruk ke atas Carthage.Siri-siri perang di antara Rom dan Carthage dikenali di Roma sebagai "Perang Punic" disebabkan nama Latin untuk orang Carthage: Punici, diterbitkan daripada Phoenici, merujuk kepada nenek moyang orang Carthage, iaitu Phoenicia.