Perang Salib Ketiga
Perang Salib Ketiga

Perang Salib Ketiga

Tentera SalibMuslim Empayar Byzantine
Tentera Salib
Muslim
Salahuddin Al-Ayubbi
Izz ad-Din Mas'ud I
Kilij Arslan II
Lain-lain
Isaac II Angelus
Isaac Komnenos
Perang Salib Ketiga (1189-1192) merupakan cubaan raja-raja Kristian Eropah untuk merampas Jerusalem dari Salahuddin Al-Ayubbi.Selepas kegagalan Perang Salib Kedua, dinasti Zangi menguasai Syria sepenuhnya dan bersengketa dengan pemerintah Fatimiyyah Mesir, yang akhirnya disatukan oleh Salahuddin. Tentera gabungan Mesir dan Syria ini berjaya menawan negeri-negeri Kristian di Eropah hingga membolehkan Salahuddin menawan semula Baitulmuqaddis pada tahun 1187. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry II dari England dan Philip II dari Perancis menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib baru (walaupun kematian Henry pada 1189 meletakkan tentera Inggeris di bawah Richard I). Maharaja Suci Rom Frederick I Barbarossa yang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbukan tentera yang besar menyeberangi Anatolia, namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati berpatah balik ke tanah air.Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar mengenai rampasan perang; kecewa dengan Richard, waris Frederick Leopold V dari Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191. Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan Baitulmuqaddis kekal di bawah penguasaan Islam, tetapi membenarkan penziarah Kristian yang tidak bersenjata melawat bandar tersebut. Richard kemudian berangkat kembali dari Tanah Suci pada 9 Oktober. Kegagalan Perang Salib Ketiga ini membawa kepada Perang Salib Keempat enam tahun kemudiannya.

Perang Salib Ketiga

Tarikh 1189 — 1192
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh1189 — 1192
Lokasi
KeputusanPerjanjian Ramla
Penziarah Kristian tidak bersenjata dibenarkan melawat Baitulmuqaddis, yang kekal di bawah kawalan Muslim.
Perubahan
wilayah
Kerajaan Cyprus ditubuhkan dari tanah Byzantine
Lokasi
Perubahanwilayah Kerajaan Cyprus ditubuhkan dari tanah Byzantine
Keputusan Perjanjian Ramla
Penziarah Kristian tidak bersenjata dibenarkan melawat Baitulmuqaddis, yang kekal di bawah kawalan Muslim.