Kronologi Perang_Bosnia

Terdapat perdebatan berkenaan tercetusnya Perang Bosnia. Klejda Mulaj menyatakan bahawa pertikaian di antara Muslim Bosnia, Serb dan Croat bermula pada akhir bulan Februari 1992, dan "permusuhan berskala besar meledak pada 6 April".[6] Ia merupakan hari yang sama apabila Amerika Syarikat[31] dan Kesatuan Eropah[32] mengakui kemerdekaan Bosnia dan Herzegovina.[33][34] Mulaj melaporkan bahawa Misha Glenny memberi tarikh 22 Mac, Tom Gallagher pula pada 2 April, sementara Mary Kaldor, Laura Silber dan Allan Little menyatakan 6 April.[35] Philip Hammond menyatakan bahawa "Serb Bosnia mempertikai tarikh ia bermula pada 1 Mac 1992, dengan berlakunya kes tembakan ke arah tetamu di sebuah majlis perkahwinan etnik Serb", tetapi mengatakan "mereka yang lain kekal berpendapat bahawa ia bermula dengan pengiktirafan oleh Komuniti Eropah (EC) ke atas Bosnia-Herzegovina sebagai sebuah negara merdeka, pada 6 April", mendakwa ia adalah pendapat biasa akan permulaan perang pada 6 April 1992.[33]

Sebilangan etnik Bosniak menganggap korban pertama perang adalah Suada Dilberović dan Olga Sučić. Kedua-duanya telah ditembak semasa dalam satu perarakan aman pada 5 April di sebuah hotel yang mana di bawah kawalan oleh Parti Demokratik Serbia.[36][37][38] Etnik Serb pula menganggap Nikola Gardović, bapa pengantin yang terbunuh di sebuah majlis perkahwinan pada hari kedua Referendum Kemerdekaan Bosnia,pada 1 Mac 1992, di Baščaršija, merupakan korban pertama perang.[39]

Perang ini tamat apabila Persetujuan Rangka Kerja Umum untuk Keamanan di Bosnia dan Herzegovina, yang dirundingkan di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson di Dayton, Ohio antara 01-21 November 1995 dan ditandatangani di Paris pada 14 Disember 1995.[40]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Bosnia http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.gfbv.ba/index.php?id=126 http://www.idc.org.ba/aboutus/Overview_of_jobs_acc... http://www.prometej.ba/clanak/drustvo-i-znanost/sp... http://www.cbc.ca/news/world/story/2012/04/05/f-bo... http://www.cbc.ca/world/story/2010/04/14/croatia-b... http://pi.library.yorku.ca/ojs/index.php/refuge/ar... http://www.unhchr.ch/tbs/doc.nsf/(Symbol)/33337863... http://www.amazon.com/My-War-Gone-By-Miss/dp/01402...