Kerugian Perang_Korea

Menurut data Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, sebanyak 33,686 korban perang bersama dengan 2,830 korban bukan perang telah berlaku dalam peperangan ini.[65] Korban perang AS sebanyak 8,516 sewaktu serangan pertama mereka terhadap askar China pada 1 November 1950.[66] Korea Selatan melaporkan sebanyak 373,599 kes kematian orang awam dan 137,899 kes kematian askar. Sumber-sumber Barat menganggarkan bahawa Askar Sukarelawan Rakyat China (People's Volunteer Army, PVA) mendapat kerugian sebanyak 400,000 askarnya terkorban dan 486,000 yang lain cedera, manakala sebanyak 215,000 askar KPA dan 303,000 wounded.

Data daripada sumber rasmi China pula melaporkan PVA kehilangan 114,000 askar daripada sebab perang dan 34,000 askar daripada sebab bukan perang, 340,000 yang cedera dan 7,600 askar yang hilang sewaktu perang itu berlangsung. 7,110 tahanan perang China dikembalikan ke negara mereka. Sumber-sumber China turut melaporkan kerugian Korea Utara sebanyak 290,000 askar yang nahas, 90,000 askar yang ditangkap serta sebilangan besar orang awam yang terkorban.

China dan Korea Utara menganggarkan sekitar 390,000 askar AS, 660,000 askar Korea Selatan dan 29,000 askar PBB telah "disingkirkan" daripada medang perang.

Kajian terbaru mengumpulkan jumlah kematian keseluruhan pada kedua-dua pihak sekitar lebih 1.2 juta orang.[67]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Korea http://www.vac-acc.gc.ca/general/sub.cfm?source=hi... http://www.aiipowmia.com/inter27/in250107skoreapw.... http://www.bethanylacina.com/LacinaGleditsch_newda... http://archives.cnn.com/2000/US/06/04/korea.deaths... http://www.fsmitha.com/h2/ch24kor.html http://www.korean-war.com/turkey.html http://myhome.shinbiro.com/~mss1/failure.html http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,7... http://www.fordham.edu/halsall/mod/1950-gromyko-ko... http://www.hawaii.edu/powerkills/SOD.TAB10.1.GIF