Perang Tentera Upahan (
c.240 SM) — juga dikenali sebagai
Perang Libya dan
Truceless War oleh
Polybius — adalah satu pemberontakkan yang dilakukan oleh
tentera upahan yang dahulunya digaji oleh
Carthage, didokong oleh penempatan Libya yang bangun memberontak menentang penguasaan Carthage.Perang bermula ekoran pertikaian berkenaan hutang bayaran wang kepada tentera upahan yang berperang dalam
Perang Punic Pertama bagi pihak Carthage. Carthage yang jatuh miskin setelah terpaksa membayar pampasan perang kepada
Rom sebagai sebahagian daripada perjanjian keamanan. Pertikaian semakin memuncak sehingga tentera upahan merampas Tunis menggunakan kekuatan senjata, dan secara langsung mengancam Carthage, yang mana kemudian memenuhi tuntutan tentera upahan. Konflik sepatutnya tamat di sini, tetapi tidak bagi dua orang komander tentera upahan, Spendius dan Mathos, memujuk tentera kerahan Libya dalam pasukan untuk menerima kepimpinan mereka, dan kemudian menyakinkan mereka bahawa Carthage akan membalas dendam di atas peranan mereka setelah tentera upahan asing yang telah dibayar kembali ke rumah. Mereka juga memujuk agar pasukan tentera upahan yang disatukan memberontak untuk menentang Carthage, dan beberapa bandar dan kota di Libya untuk menyokong pemberontakkan. Apa yang dipertikaikan sebagai "perbalahan buruh" meletus menjadi pemberontakkan berskala penuh.Tidak setanding dari segi anggota dan bekalan, pasukan Carthage yang tidak bersedia mendapat nasib kurang baik pada awal perang, terutamanya di bawah kepemimpinan
Hanno Si Agung.
Hamilcar Barca, jeneral dari kempen-kempen di
Sicily, telah diberi pemeperintahan tertinggi, dan akhirnya berjaya mengalahkan para pemberontak pada
237 SM.