Kontroversi Perang_Transfermium

Menurut adat kebiasaan, hak penamaan bagi unsur kimia yang baru ditemui diberikan kepada penemu unsur tersebut. Namun, bagi unsur 104, 105 dan 106, terdapat satu kontroversi antara sebuah makmal Kesatuan Soviet dan makmal Amerika berkenaan pihak mana yang telah menemui unsur-unsur tersebut dahulu. Kedua-dua belah pihak mencadangkan nama-nama mereka sendiri bagi unsur 104 dan 105 dan tidak mengiktiraf nama pihak lain.

Nama Amerika untuk unsur 106, seaborgium juga dibangkang oleh sesetengah pihak kerana ia merujuk kepada saintis Amerika Glenn T. Seaborg yang masih hidup ketika nama ini dicadangkan.[3] (Einsteinium dan fermium juga dicadangkan sebagai nama unsur-unsur baru ketika Einstein dan Fermi masih hidup, tetapi nama-nama ini hanya didedahkan kepada umum setelah kematian mereka kerana kerahsiaan sewaktu Perang Dingin.)

Kesatuan Soviet Rusia mahu menamakan unsur 104 sempena Igor Kurchatov, bapa bom atom Soviet, dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa nama ini tidak diterima oleh pihak Amerika.