Perang_saudara_Caesar
Perang_saudara_Caesar

Perang_saudara_Caesar

Perang saudara Caesar yang ditempur pada tahun 49 SM merupakan salah satu daripada pertempuran terakhir Republik Rom. Pertempuran ini merupakan satu siri konfrontasi politik dan tentera antara Julius Caesar, penyokong politik, dan legionnya terhadap puak konservatif yang tradisional di Senat Rom, kekadang dikenali sebagai Optimat, yang disokong oleh legion-legion Pompey.Banyak ahli sejarah melihatkan perang ini sebagai natijah yang logik bagi satu proses panjang subversi institusi-institusi politik kerajaan Rom yang bermula dengan kerjaya Tiberius Gracchus yang membawa kecelakaan, menerusi pembaharuan-pembaharuan legion oleh Gaius Marius, dan kediktatoran Lucius Cornelius Sulla, dan kemudian berakhir dengan penguasaan Rom oleh Perintahan Bertiga Pertama. Adakah ini benar-benar merupakan peristiwa-peristiwa yang membentukkan persediaan asas, adalah jelas bahawa keakuan Julius Caesar telah mengambil kesempatan yang disediakan oleh penurunan kuasa politik Rom itu. Selepas perjuangan politik dan tentera yang berpanjangan antara 49 dan 45 SM yang merangkumi perang-perang di Italia, Greece, Mesir, Afrika, dan Hispania, Caesar akhirnya menewaskan puak tradisional yang terakhir dalam Senat Rom di Perang Munda.Bagi sebilangan ahli sejarah, perang saudara itu, bersama-sama dengan pemerintahan Rom yang singkat oleh Caesar sebelum pembunuhan beliau, menandakan keakhiran Republik Rom, dan permulaan Empayar Rom. Adakah saat ini dalam sejarah dipilih sebagai titik peralihan atau tidak, perang saudara Caesar dan perubahan-perubah dalam kerajaan Rom yang dihasilkan telah menghapuskan semua tradisi lama politik republik itu. Peristiwa-peristiwa ini merupakan satu tamparan yang Republik Rom tidak pernah dapat memulihkan.